[VIDEO] “Sengaja Nak ‘Menilai’ Apa Netizen Akan Kecam..” – YouTuber Akui Buat Konten Tarik Tudung Untuk Kajian Sosial

Heboh di serata media sosial mengenai tindakan seorang YouTuber yang menghasilkan kandungan video yang seakan memainkan agama Islam dan mencalarkan maruah dengan membuat prank menarik tudung wanita di tempat awam.

Video yang berdurasi empat minit itu telah menimbulkan pelbagai reaksi netizen yang meluahkan rasa amarah mereka serta menganggap isu tersebut sudah melampaui batas.

Susulan itu, sedar akan namanya tercalar, si pelaku yang baru sahaja berjinak dalam menjadi YouTuber tampil memberi penjelasan bersama dua rakannya yang dipercayai ‘pelakon’ atau mangsa yang ditarik tudung.

Mereka memuat naik penjelasan di sebuah video di saluran YouTube miliknya.

“Ini konten saya yang pertama. Tujuan saya nak menilai dan tengok macam mana netizen akan kecam dan apa kata-kata yang mereka nampak daripada mata diorang sendiri.

“Moral of the story sebenarnya saya nak tengok macam mana mata netizen (orang Melayu) ini masih mempertahankan agama Islam dan menjaga maruah seseorang wanita ataupun tidak apabila tengok konten sebegini.

   

“Jadi kami dah tahu bila berlaku isu yang sama macam dalam konten kami pada wanita di luar sana, ramai yang akan datang ‘back up’.

“Bila saya tengok respons orang ramai marah kata kami tak menjaga maruah wanita, mempersendakan agama, memang itu reaksi orang luar yang saya mahukan.

“Walaupun kecaman mereka buat saya terasa, tapi message yang disampaikan itu bermakna bagi saya. Konten saya buatkan saya faham dan hormat bagaimana orang Malayu kita masih berpegang pada agama Islam.

“Apapun, kami nak minta maaf kerana mengeluarkan konten sebegini,” katanya.

Dalam pada itu, pempengaruh media sosial dan penceramah motivasi, Akhi Fairuz turut meluahkan rasa marah terhadap YouTuber berkenaan.

Akhi menyeru agar pihak berkuasa tampil mengambil tindakan terhadap mereka bertiga kerana dipercayai sengaja membuat video untuk mengundang kecaman ramai.

Aqilah Paharuzi