[VIDEO] Serik Tanggung Biawak Hidup, Fatin Afeefa Puji Suami Lelaki Bertanggungjawab

Pelakon jelita, Fatin Afeefa seakan memberi bayangan berhubung pengalaman perit kehidupannya yang terpaksa menjadi ketua keluarga.

Ibu anak dua menerusi sebuah perkongsian di TikTok live baru-baru ini berkata dia penat untuk ‘membela’ lelaki yang digelarkan sebagai kiasan ‘biawak hidup’.

Kiasan tersebut membawa maksud individu yang mengambil kesempatan atas kesenangan orang lain sehingga menyusahkan mereka.

“Saya dah penat lah tanggung biawak hidup. Biarlah biawak pulak tanggung saya. Saya je asyik tanggung biawak hidup.

“Dulu saya dah dengar dah cakap korang. Saya dah dengar dah. Kita ni kahwin jangan ingat laki kaya ni. Saya bela biawak,” katanya.

Fatin yang baru sahaja bernikah bersama Aliff Awang pada tahun lalu bersyukur suaminya itu seorang suami yang bertanggungjawab dan sangat baik.

“Sekarang ni nak biawak ni pula yang belanja saya. Biar je dia. Nanti korang fahamlah. Mencintai biawak tak akan boleh bagi makan kepada anak-anak anda dan anda.

“Tapi suami saya baik je, dia baik,” katanya.

Sebelum ini, Fatin pernah menjawab dakwaan mengapa dia memilih untuk berkahwin dengan Aliff yang merupakan seorang jutawan itu.

Menurutnya, dia memilih Aliff bukan kerana kekayaan yang dimilikinya, malah kerana suaminya itu seorang yang tampan.

Artikel Berkaitan: Suami Fatin Afeefa Bagi Nafkah Cecah Lima Angka? – “Maintenance Eh?”

Artikel Berkaitan: [VIDEO] “Kaya Nombor 2” – Fatin Afeefa Nafi Kahwin Aliff Awang Sebab Harta, Akui Tertarik Dengan Ketampanan

Aqilah Paharuzi