Categories: Gaya Hidup

Tampil Persis Maharaja! Ikut Tema Crazy Rich Asian, Aznil Nawawi Terima Anugerah One In A Million

Pengacara popular, Datuk Aznil Nawawi yang tampil persis seorang maharaja meraih perhatian peminat.

Melaram sakan dengan busana indah rekaan Razman Razmi, pengacara yang mesra disapa dengan nama Paknil itu menggayakan pakaian tersebut demi memenuhi tema Crazy Rish Asians.

Tajuk filem tersebut dipilih oleh jenama Eskayvie sebagai tema majlis makan malam tahunan eksklusif di W Hotel Kuala Lumpur, baru-baru ini.

@datukaznilnawawi This what happened before the event @Eskayvie Malaysia Thanks @RAZMAN RAZMI ♬ original sound – Datuk Aznil Nawawi

Berkongsi video sebalik tabir di akaun TikTok miliknya, Paknil meraih pujian peminat yang kagum dengan penampilannya.

Majlis sama juga menyaksikan Paknil menerima anugerah ‘One in A Million Award’ atas komitmen pengacara itu menyampaikan perkongsian yang terbaik kepada masyarakat.

Dalam pada itu, majlis yang meraikan lebih 500 usahawan Eskayvie Nexus dan kakitangan diadakan untuk berkongsi rezeki.

“Majlis bertemakan ‘Crazy Rich Asian’ ini diadakan khas bagi menghargai kesungguhan dan kerja keras semua yang terlibat bersama Eskayvie sepanjang tahun 2022.

“Selain penyampaian anugerah buat usahawan Eskayvie Nexus dan kakitangan yang telah menunjukkan kecemerlangan berterusan, Eskayvie turut menghadiahkan penginapan bertaraf 5 bintang buat semua kakitangan bersama keluarga bagi menghargai usaha mereka,” kata Pengarah Urusan Eskayvie, Kartika Wati Mohamed menerusi sebuah kenyataan media.

Kemuncak acara ini adalah penyampaian hadiah sebuah Proton X50 kepada pemenang Hadiah Utama bagi kempen Cabutan Bertuah Eskayvie 2023 yang telah dijalankan bermula November 2022 sehingga Januari 2023 lalu.

Sebagai pembuka tirai tahun 2023, Eskayvie telah melancarkan produk terbaharunya pada
Januari lalu.

“Produk semburan aromaterapi Eskayvie Neuscential Inspire dan Eskayvie Neuscential Calme diformulasikan bertujuan untuk membantu para pengguna memperbaiki mood, fokus, memberi rasa tenang di samping melegakan simptom stres, kemurungan dan sukar tidur,” kata Dr Syid Ayob Syid Mustafa AlQudri selaku formulator produk jenama terbabit.

Padin