[VIDEO] “Siap Bawa Pergi Exercise” – Netizen Puji Layanan Sheila Rusly Dekat Bunga Elhaq

Umum mengetahui penerbit dan pengarah popular, Sheila Rusly kini sudah bergelar nenek dengan kehadiran Bunga Elhaq.

Sejak dilahirkan pada Jun lalu, Bunga dilihat jelas mendapat kasih sayang seorang nenek yang menyayanginya dengan penuh kelembutan.

Terbaharu, Sheila memuat naik rakaman video yang memaparkan dirinya dan suami sedang beriadah disamping Bunga.

Dalam video tersebut dilihat Bunga sangat tenang dan seronok menemani datuk dan neneknya itu bersenam di taman dan gimnasium.

“My everything,” tulis Sheila di ruangan kapsyen.

Perkongsian Sheila itu dihujani dengan pelbagai reaksi apabila rata-rata warganet memuji cara Sheila melayan cucu sulungnya itu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata menyifatkan Bunga sungguh bertuah kerana mendapat datuk dan nenek yang penyayang malah ramai juga memuji kecomelan Bunga yang kini hampir berusia 4 bulan.

Khairil Khusyairi