[VIDEO] Chef Wan Sebak Sambut Ulang Tahun Ibu Ke-90, Netizen Turut Tersentuh

Chef selebriti terkenal, Chef Wan tidak dapat menahan sebak apabila meraikan hari ulang tahun kelahiran ibunya iaitu Noraini Abdullah atau lebih mesra dipanggil Cik Ani.

Menerusi perkongsian di Instagram, Chef Wan atau nama lengkapnya Redzuawan Ismail memuat naik beberapa keping foto dan video yang memaparkan momen-momen sambutan ulang tahun kelahiran Cik Ani.

Namun apa yang menarik perhatian ialah Chef Wan dilihat sebak sambil memeluk erat Cik Ani ketika memberi ucapan.

“Ucapan ringkas untuk ibu saya pada sambutan hari lahirnya yang ke-90, kepada akhbar Star Majority yang menitiskan air mata saya memikirkan perjuangan dan cabaran Cik Ani bertarung dengan kanser, dimensia dan alzheimer,” tulis Chef Wan.

Difahamkan sambutan ulang tahun kelahiran itu dihadiri kira-kira 150 orang tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga terdekat, VIP dan rakan-rakan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa kagum dengan Chef Wan yang dilihat sentiasa membahagiakan ibunya dalam apa jua cara malah ramai juga turut mendoakan kesejahteraan Cik Ani.

Sumber: Instagram _chefwan58

Khairil Khusyairi