Anak Sulung Dapat Double Degree, Che Ta Luah Rasa Syukur – “Dalam Kepala Otak Cuma Mahu Yang Terbaik Untuk Anak-Anak”

Selebriti dan usahawan, Rozita Che Wan meluahkan rasa syukur apabila anak sulungnya iaitu Ammar Effendy menamatkan pengajian dengan mendapat ijazah sarjana muda berganda.

Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta berkongsi berita gembira itu di laman Instagram mengakui hanya memikirkan yang terbaik buat anak-anak ketika menjadi ibu tunggal selama 12 tahun.

“Alhamdulillah syukur, Allah bagi saya anak-anak yang cerdik dan mudah untuk saya bela.

“12 tahun jadi “single mom” dalam kepala otak cuma ada azam nak besarkan anak-anak dan bagi yang terbaik sahaja untuk mereka, takdak langsung fikir untuk diri sendiri,” katanya.

Che Ta juga mengakui bukan mudah untuk mencari rezeki ketika bergelar ibu tunggal namun Allah permudahkan segalanya buat dirinya dan keluarga ketika itu.

“Mereka dapat masuk MRSM, lepas tu upgrade masuk KYS, kemudian dapat straight A’s, masuk Taylors University.

“Untuk kami yang income tak tetap masa tu nak bayar yuran KYS perghhh memang mencanak jugak la cari duit! Tapi Allah permudahkan segalanya.

“Hari ni syukur Ammar Effendy pulak dah grad! Double degree dalam tangan,” tulis Che Ta di ruangan kapsyen.

Awal bulan lalu, anak kedua Che Ta iaitu Aniq Ezra juga telah berjaya menamatkan pelajaran dan mendapat ijazah sarjana muda berganda dari universiti sama.

Sumber: Instagram rozitachewan1

Khairil Khusyairi