Muat Naik Video Sedih, Peminat Tanya Mas Idayu Okay Tak? – “Berselindung Di Balik Senyum Dan Tawa”

Penyanyi popular, Mas Idayu dipersoal sama ada dalam keadaan baik atau tidak oleh peminatnya apabila memuat naik hantaran berunsur sedih.

Menerusi hantaran di Instagram peribadinya, Mas Idayu atau nama lengkapnya Masidayu Mesnun memuat naik sebuah video yang memaparkan seorang wanita bertanya ‘how are you’ kepada seorang wanita lain lalu wanita tersebut menjawab ‘I’m okay’ dan terus mengalirkan air mata.

“Berselindung di balik senyum dan tawa…im okay,” tulis Mas Idayu di ruangan kapsyen.

Dek kerana hantaran berunsur sedih itu, ruang komen pelantun lagu Selangit itu dihujani dengan persoalan adakah ‘mommy’ okey oleh pengikutnya.

Berdasarkan pemerhatian XTRA, Mas Idayu dilihat tampil membalas komen-komen tersebut dengan menyatakan dia okey sahaja.

Umum mengetahui, Mas Idayu atau lebih mesra disapa ‘mommy’ baru sahaja melangsungkan perkahwinan dengan penerbit eksekutif stesen TV3, Muhammad Sufian Che Isa pada 16 September lalu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mempersoalkan keadaan mommy malah ramai turut mendoakan kesejahteraan penyanyi dangdut tersebut.

Sumber: Instagram masidayu1001

Khairil Khusyairi