[VIDEO] Siap Bayar RM100,000 Secara Tunai! Kak KM Hadiahkan Ibu Kereta – “Sayang Memang Dah Niat Mak”

Pengasas produk kontroversi, Liana Rosli atau lebih dikenali sebagai Kak KM sekali lagi telah membuat kejutan kepada ibu kesayangannya, Normah Damanhuri dengan menghadiahkan sebuah kereta yang dibeli secara tunai.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik di aplikasi TikTok, Kak KM dan adik beradiknya yang lain beserta pelakon Normah Damanhuri berada di sebuah pusat jualan kereta.

Pada awalnya, Normah memaklumkan bahawa dia ingin membeli sebuah kereta namun wang simpanan yang dimiliki pada ketika itu tidak mencukupi.

“Okay kereta mak berapakah harganya?

“Dekat simpanan tu tak cukup, kena ambik dekat tempat lain,” ujar Normah.

Namun, tanpa disangka, Kak KM membuat kejutan kepada ibunya dengan menyatakan dia telah berniat untuk menghadiahkan ibunya sebuah kereta jenis Honda seperti yang dihasratkan.

Tambah, kereta yang bernilai lebih RM100,000 itu berjaya dibeli secara tunai oleh Kak KM.

“Bismillahirahmanirahim, sayang memang dah niat dah mak. Kereta mak ni sayang hadiah untuk mak okay,” kata Kak KM kepada ibunya.

Sejurus kejutan itu, kelihatan Normah menangis teresak dan terharu dengan tindakan anak perempuannya itu.

Menurut Kak KM, hadiah itu adalah sebagai tanda kasih sayang terhadap ibunya dan tidak seberapa jika hendak dibandingkan dengan jasa ibunya selama ini.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna aplikasi TikTok itu memuji tindakan Kak KM yang tidak pernah bersikap kedekut dan sentiasa mengutamakan ibunya dalam segala hal.

Terdahulu, Kak KM juga telah menghadiahkan ibunya yang berusia 68 tahun itu seutas gelang emas besar dan sebuah rumah di kampung halaman.Pengasas produk kontroversi, Liana Rosli atau lebih dikenali sebagai Kak KM sekali lagi telah membuat kejutan kepada ibu kesayangannya, Normah Damanhuri dengan menghadiahkan sebuah kereta yang dibeli secara tunai.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik di aplikasi TikTok, Kak KM dan adik beradiknya yang lain beserta pelakon Normah Damanhuri berada di sebuah pusat jualan kereta.

Pada awalnya, Normah memaklumkan bahawa dia ingin membeli sebuah kereta namun wang simpanan yang dimiliki pada ketika itu tidak mencukupi.

“Okay kereta mak berapakah harganya?

“Dekat simpanan tu tak cukup, kena ambik dekat tempat lain,” ujar Normah.

Namun, tanpa disangka, Kak KM membuat kejutan kepada ibunya dengan menyatakan dia telah berniat untuk menghadiahkan ibunya sebuah kereta jenis Honda seperti yang dihasratkan.

Tambah, kereta yang bernilai lebih RM100,000 itu berjaya dibeli secara tunai oleh Kak KM.

“Bismillahirahmanirahim, sayang memang dah niat dah mak. Kereta mak ni sayang hadiah untuk mak okay,” kata Kak KM kepada ibunya.

Sejurus kejutan itu, kelihatan Normah menangis teresak dan terharu dengan tindakan anak perempuannya itu.

Menurut Kak KM, hadiah itu adalah sebagai tanda kasih sayang terhadap ibunya dan tidak seberapa jika hendak dibandingkan dengan jasa ibunya selama ini.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna aplikasi TikTok itu memuji tindakan Kak KM yang tidak pernah bersikap kedekut dan sentiasa mengutamakan ibunya dalam segala hal.

Terdahulu, Kak KM juga telah menghadiahkan ibunya yang berusia 68 tahun itu seutas gelang emas besar dan sebuah rumah di kampung halaman.

Atiqah Johari