Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari June 23, 2022 @ 10:35am

[VIDEO] Siap Bayar RM100,000 Secara Tunai! Kak KM Hadiahkan Ibu Kereta – “Sayang Memang Dah Niat Mak”

Pengasas produk kontroversi, Liana Rosli atau lebih dikenali sebagai Kak KM sekali lagi telah membuat kejutan kepada ibu kesayangannya, Normah Damanhuri dengan menghadiahkan sebuah kereta yang dibeli secara tunai.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik di aplikasi TikTok, Kak KM dan adik beradiknya yang lain beserta pelakon Normah Damanhuri berada di sebuah pusat jualan kereta.

Pada awalnya, Normah memaklumkan bahawa dia ingin membeli sebuah kereta namun wang simpanan yang dimiliki pada ketika itu tidak mencukupi.

“Okay kereta mak berapakah harganya?

“Dekat simpanan tu tak cukup, kena ambik dekat tempat lain,” ujar Normah.

Namun, tanpa disangka, Kak KM membuat kejutan kepada ibunya dengan menyatakan dia telah berniat untuk menghadiahkan ibunya sebuah kereta jenis Honda seperti yang dihasratkan.

Tambah, kereta yang bernilai lebih RM100,000 itu berjaya dibeli secara tunai oleh Kak KM.

“Bismillahirahmanirahim, sayang memang dah niat dah mak. Kereta mak ni sayang hadiah untuk mak okay,” kata Kak KM kepada ibunya.

Sejurus kejutan itu, kelihatan Normah menangis teresak dan terharu dengan tindakan anak perempuannya itu.

Menurut Kak KM, hadiah itu adalah sebagai tanda kasih sayang terhadap ibunya dan tidak seberapa jika hendak dibandingkan dengan jasa ibunya selama ini.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna aplikasi TikTok itu memuji tindakan Kak KM yang tidak pernah bersikap kedekut dan sentiasa mengutamakan ibunya dalam segala hal.

Terdahulu, Kak KM juga telah menghadiahkan ibunya yang berusia 68 tahun itu seutas gelang emas besar dan sebuah rumah di kampung halaman.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 19 Mar 2026

“Doa Orang Dizalimi Tiada Hijab” – Diana Danielle Kongsi Cara Hadapi Bekas Suami Culas Nafkah

Diana menasihati agar golongan wanita tidak berputus asa dan terus berdoa kepada Allah setiap kali berdepan kesukaran tersebut

Featured Fri, 2 Dec 2022

Kongsi Perjalanan Perit, Meerqeen Dedah Pernah Bergaduh Dengan Bapa – “Sekarang, Dia Penyokong Utama Saya”

Rupa-rupanya complicated perjalanan Meerqeen sebelum masuk industri seni 😢 Min sebak jap bila ayah Meerqeen akhirnya bangga dengan anak dia ni 😭😭 Fly High, Meerqeen!

Hiburan Fri, 19 Jul 2019

Lepas Aishah, Firman Pula Ragui Berlian Vida?

  Selepas penyanyi Aishah menerima berlian dan barang kemas ganti dari Datuk Seri Vida, penyanyi Firman Siagian pula tampil dengan dakwaan serupa. Menurut Firman, subang berlian yang diberikan usahawan terkenal, Datuk Seri Vida adalah palsu. […]

Featured Tue, 7 Mar 2023
Featured Wed, 12 Nov 2025

Digelar Bar*a & Tumpang Populariti Madu, Umisya Mazlan Tampil Pertahankan Diri! – “Lidah Manusia Terlalu Kejam”

Umisya tampil pertahankan diri gara-gara terima pelbagai tohmahan melampaui batas.

error: Content is protected !!