Demi Permintaan Peminat, Hetty Koes Endang Adakan Konsert Jubli Emas Di Malaysia

Penyanyi tersohor Indonesia Hetty Koes Endang, bakal mengadakan Konsert Jubli Emas di Manhattan Ballroom, Hotel Berjaya Times Square, Kuala Lumpur pada 27 Ogos ini.

Konsert istimewa yang dianjurkan oleh Mahajaya Empire Sdn Bhd ini diadakan sempena 50 tahun pembabitan penyanyi itu dalam bidang seni.

Menurut Hetty yang lebih mesra disapa sebagai Bunda, konsert ini juga diadakan atas permintaan peminatnya di Malaysia yang ingin mengenalinya lebih dekat.

“Tahun ini bunda lebih banyak di Malaysia. Setelah tiga bulan di sini, suami mencadangkan untuk membuat konsert di sini.

“Kebetulan peminat-peminat Bunda, walaupun Bunda tidak muda lagi, peminat-peminat ada yang meminta untuk membuat show di sini kita tak puas tengok Bunda di tv (televisyen). Alhamdulillah, fans jugak yang support Bunda untuk buat show di sini,” jelas Hetty.

Perkongsian tersebut telah dibuat ketika ditemui di sidang media Konsert Jubli Emas Hetty Koes Endang yang diadakan di Hotel Berjaya Times Square, baru-baru ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Abdul Kadir Ibrahim selaku penganjur, pada awalnya perancangan konsert itu diadakan secara spontan selepas penyanyi itu meluahkan hasratnya untuk membuat konsert di sini.

“Tertarik dengan impian yang diluahkannya itu, kami pun mengadakan perbincangan hingga akhirnya tercetuslah idea untuk menganjurkan konsert Jubli Emas Hetty Koes Endang ini,” kata Abdul Kadir.

Menurut Kadir, setakat ini tiket konsert tersebut telah terjual sebanyak 20 peratus.

Harga tiket konsert ini bermula dari RM11,700 – VVIP (Meja untuk 6 orang ), RM8,700 – VIP (Meja untuk enam orang ), RM6,640 -PLATINUM (Meja untuk lapan orang) RM4,560 – GOLD (Meja untuk lapan orang ) ATAU VIP RM1190 (untuk seorang) VIP RM1450 (Untuk seorang) PLATINUM 830 (untuk seorang) dan GOLD RM570 (untuk scorang).

Orang ramai boleh mendapatkan ticket menerusi laman sesawang ilassotickets.com/event/konsert-jubli-emas-hetty-koes-endang atau boleh menghubungi terus penganjur di talian 012 466 7299 (Mia), 012 9858809 (Kadir) dan 019 2299717 (Fandy).

Fatin Nurain