[VIDEO] Suara Sissy Imann Dikritik Lagi, Netizen Berseloroh: “Patutlah Mas Idayu Mengamuk”

Tular sebuah video penyanyi, Sissy Imann membuat persembahan menyanyikan lagu Raya Oh Yeah dalam sebuah rancangan hiburan.

Menyampaikan lagu nyanyian asal Yuna, persembahannya Sissy dikritik kerana netizen mendakwa lagu yang dibawakan seolah-olah tidak kena dengan suaranya.

@blondesouthlagu apa la sissy iman ni nyanyi? 😂

♬ original sound – babylon

Netizen membanjiri ruangan komen dengan memberikan pendapat mereka terhadap nyanyian Sissy dan ada yang sempat berseloroh menyokong tindakan Mas Idayu yang pernah memberi kritikan pedas berkenaan dengan nyanyiannya.

“Baru aku faham kenapa Mas Idayu Marah hari tu. Sedap lagi aku nyanyi

“Memang peliklah siapa yang marah Mas Idayu hari tu,” tulis netizen.

 

Terdahulu, nyanyian Sissy pernah dikritik oleh Mas Idayu ketika menyertai Famili Duo TV3 kerana tidak memberikan persembahan yang memuaskan.

Netizen juga turut mendakwa Sissy ingin meniru cara nyanyian Yuna dan Aisyah Aziz.

“Aisyah Aziz dan Yuna yang sesuai nyanyi macam ni.

“Dia nak tiru tone Yuna ni untuk lagu raya Yuna,” tulis netizen.

Untuk info, Sissy menyertai rancangan Famili Duo bersama Naim Daniel dan berjaya berjaya mendapatkan tempat keempat.

Izzi Farhana