[VIDEO] Meerqeen Beli Kereta Baharu, Netizen Komen: “Umur Baru 22 Tahun Tapi Dah Jutawan”

Kejayaan demi kejayaan dikecapi aktor kacak, Meerqeen selepas namanya meledak industri hiburan negara.

Selepas tampil bergaya di pentas antarabangsa di sebuah acara baru-baru ini, nama Meerqeen seolah-olah sentiasa meniti di bibir peminatnya.

Terbaharu, pelakon drama fenomena Melur Untuk Firdaus itu sekali lagi mendapat perhatian apabila dilaporkan telah berjaya memiliki kereta sendiri.

Hal ini berikutan apabila tular sebuah rakaman video yang memaparkan foto Meerqeen sedang berurusan dengan penasihat jualan yang juga suami kepada aktress, Anzalna Nasir iaitu Hanif Zaki.

Rakaman pendek tersebut juga memaparkan Meerqeen dan Hanif bergambar bersama di hadapan kereta.

“Sangat bertuah dapat berurusan dengan Meerqeen. Sangat sopan dan pandai hormat orang.

“Terima kasih kerana membeli dengan kami,” tulis Hanif.

Ternyata perkongsian tersebut mendapat perhatian dikalangan warganet yang rata-ratanya turut berbangga dengan aktor berusia 22 tahun itu.

Malah ada juga yang menganggap Meerqeen seorang yang berjaya dan layak digelar jutawan.

Ketika artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah meraih lebih 450,000 tontonan dan lebih 8000 tanda suka.

Khairil Khusyairi