Selepas 8 Tahun Kerja Di Malaysia, Guard Menangis Terharu Pertama Kali Diraikan.. Sambutan Hari Jadi ‘Guard’ Buat Ramai Sebak!

Tular video di aplikasi TikTok memaparkan seorang pengawal keselamatan warga asing diraikan dalam sambutan hari jadi.

Menerusi video terbabit, pengawal keselamatan tersebut terkejut dan rasa dihargai apabila lagu ‘Happy Birthday dipasang sejurus selepas dia masuk ke pejabat.

Video berdurasi seminit itu ternyata membuat warganet sebak dengan cara layanan sama rata pekerja-pekerja di pejabat tersebut terhadap pengawal keselamatan itu.

Difahamkan, ini merupakan kali pertama pengawal keselamatan itu meraikan sambutan hari lahir di Malaysia selepas lapan tahun bekerja di negara ini.

“Thanks for doing this guys. You have no idea how big my smile was, and a few tears too. Bless him, happy birthday mate.

“Alamak ternangis. Bestnya tengok orang bawah tapi dilayan sama rata. Mesti dia rasa dihargai,” tulis netizen di ruangan komen.

Malah, semasa artikel ini ditulis, video tersebut telahpun meraih lebih 500,000 tontonan, lebih 60,000 tanda suka berserta 1,934 komen.

@tunetalk Happy birthday bossku! 🫡 #office #officelife #ofis #officehumor #security #securityguard #birthday #surprise #birthdaysurprise #birthdayparty #monday #mondaymood #vip #boss #fyp #foryou #foryoupage #fypmalaysia #tiktok #tiktokviral #tiktokmalaysia #viral #viralvideo #KitaFaham #TuneTalk ♬ Happy Birthday to You acoustic guitar – C_O

Nurul Hana