[VIDEO] “Suddenly My Handphone ‘Hang'” – Siti Nurhaliza ‘Speechless’ Jumpa Gordon Ramsay

Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza, 43, berkongsi momen bertemu cef terkenal antarabangsa, Gordon Ramsay menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya.

Umum sedia maklum, Gordon membuka cawangan Restoran Gordon Ramsay Bar & Grill Sunway City Kuala Lumpur yang popular dengan menu Beef Wellington.

Menerusi hantaran tersebut, Siti meluahkan rasa kecewa akibat telefon bimbitnya secara tiba-tiba ‘hang’ ketika mahu mengambil gambar bersama Gordon.

“A night with MasterChef. Suddenly my handphone hang.. 😩 This is the best pic so far,” tulisnya di kapsyen.

Namun begitu, berdasarkan sebuah video tular di aplikasi TikTok, Siti dilihat seakan kaku dan speechless apabila akhirnya diberi peluang untuk berjumpa secara empat mata dengan cef terkenal dalam program Hells Kitchen itu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen teruja melihat Siti bersama dengan Gordon dalam satu foto.

Bukan itu sahaja, mereka turut memuji penampilan Siti yang kelihatan lebih kurus dan sangat anggun dengan busana berwarna jingga.

Aqilah Paharuzi