[VIDEO] Tak Kekok Layan Peminat OKU & Mahir Guna Bahasa Isyarat, Song Ji Hyo Buat Netizen Sebak!

Kemunculam artis popular dan bintang terkenal program realiti hiburan, Running Man iaitu,  Song Ji Hyo pada sebuah acara yang berlangsung baru-baru ini mencuri perhatian warganet.

Selain ramah melayan karenah peminat, Ji Hyo juga dilihat mahir menggunakan bahasa isyarat (Silent Language) ketika menyantuni peminatnya yang terdiri dari golongan kurang upaya (OKU) pendengaran.

Menerusi video yang tular di TiKTok, Ji Hyo dilihat bangun dari kerusinya untuk mengambil gambar bersama keluarga OKU berkenaan sebelum bertindak menggendong salah seorang anak peminatnya itu ke tempat duduk mereka.

@sngmsyn song jihyo knew how to sign language, she use it to communicate with her fans😭😭 she’s really the sweetest and best girl!! #songjihyo #송지효 #fyp ♬ cardigan – Taylor Swift

 

Menjengah ke ruangan komen, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respons dalam kalangan warganet yang rata-ratanya teruja dan sebak melihat layanan bintang popular dari Korea Selatan itu terhadap peminatnya di Malaysia.

Kemunculam artis popular dan bintang terkenal program realiti hiburan, Running Man iaitu,  Song Ji Hyo pada sebuah acara yang berlangsung baru-baru ini mencuri perhatian warganet.

Selain ramah melayan karenah peminat, Ji Hyo juga dilihat mahir menggunakan bahasa isyarat (Silent Language) ketika menyantuni peminatnya yang terdiri dari golongan kurang upaya (OKU) pendengaran.

Menerusi video yang tular di TiKTok, Ji Hyo dilihat bangun dari kerusinya untuk mengambil gambar bersama keluarga OKU berkenaan sebelum bertindak menggendong salah seorang anak peminatnya itu ke tempat duduk mereka.

 

Menjengah ke ruangan komen, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respons dalam kalangan warganet yang rata-ratanya teruja dan sebak melihat layanan bintang popular dari Korea Selatan itu terhadap peminatnya di Malaysia.

Salma Syahbuddin