[VIDEO] Throwback Senarai Juara AJL 10 Tahun Lepas, Mana Satu Paling Win?

5 hari lagi!

Akhirnya acara muzik yang paling dinanti-nantikan rakyat Malaysia pada setiap tahun iaitu Anugerah Juara Lagu #AJL34 bakal menggegarkan pentas Axiata Arena, Bukit Jalil Ahad ini!

12 lagu terbaik sepanjang tahun 2019 bakal berentap dengan mengangkat tema utama Warna-Warna Suara.

Jom kita imbas semula juara Anugerah Juara Lagu sepanjang 10 tahun lepas, menurut korang mana paling win?

AJL24: Pergi -Aizat Amdan

Penangan lagu Pergi dendangan Aizat menoktahkan penguasaan penyanyi indie di pentas muzik paling berprestij ini.

 

AJL25: Tolong Ingatkan Aku – Ana Rafali

Ana Raffali membuat kejutan apabila satu-satunya pendatang baru yang mengalahkan artis lain menerusi lagu ciptaannnya sendiri.

 

AJL26: Awan Nano – Hafiz Suip

Tampil berpakaian sama seperti muzik videonya, Hafiz turut membawakan Herman Tino ke atas pentas!

 

AJL 27: Terukir Di Bintang – Yuna/Aizat Amdan

Kepercayaan Yuna kepada Aizat Amdan untuk membawakan lagunya tidak sia-sia apabila Aizat mampu buktikan juara milik lagu “Terukir Di Bintang”.

 

AJL 28: Bahagiamu Deritaku

Setelah hanya dua tahun, Hafiz berjaya lagi kali ini apabila merangkul dua gelaran pada AJL28 menerusi lagu Bahagiamu Deritaku iaitu Persembahan Terbaik dan Lagu Terbaik.

 

AJL 29: Apa Khabar – Joe Flizzow

Genre Rap dan Hip-Hop buat pertama kalinya diangkat menjadi juara dalam sejarah AJL! 

 

AJL 30: Potret – Akim Ahmad

Akim & The Majistret tidak mengecewakan peminatnya apabila berjaya membawakan Potret untuk menjadi juara pada malam tersebut. 

 

AJL 31: Lelaki Teragung – Dayang Nurfaizah

Kemenangan Dayang pada tahun tersebut dikatakan sudah diramal. Dayang berjaya menewaskan 11 finalis lain 

 

AJL 32: Jampi – Hael Husaini

Dengan reka bentuk pentas yang gah dan vokal yang mantap, Hael Husaini berjaya menjampi 6.1 juta penonton serta para juri yang menjadi saksi kemenangan “Jampi” yang dibawakan oleh Hael Husaini.

 

AJL 33: Haram – Dayang Nurfaizah & Hael Husaini

Kelainan “Haram” dari sudut pembaharuan susunan melodi dan susunan melayakkan Dayang Nurfaizah dan Hael sebagai juara #AJL33.

 

Memang power semua Juara AJL sepanjang 10 tahun lepas! Jangan lupa untuk saksikan pentas akhir #AJL34 jam 9 malam di TV3 dan juga secara langsung di portal Live Tv Xtra.

Syafiqa Irdina