[VIDEO] Tular Buang Susu Nilofa ‘Expired’, Netizen Persoal Tindakan Pihak Atasan – “Patut Check Dulu, 3 Bulan Sebelum Elok Bagi Sedekah”

Umum sedia maklum, selebriti terkenal Noor Neelofa mempunyai pelbagai keluaran jenamanya baik dari segi pakaian, minuman serta inai.

Baru-baru ini, tular sebuah video di aplikasi TikTok memaparkan produk susu Nilofa perisa mangga dibuang penuh dalam satu tong sampah besar.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Neelofa Sebak Lihat Secebis Rambut Rasullullah SAW – “Meremang Bulu Roma… Rasa Sangat Hampir Dengan Nabi Tercinta”

Video berdurasi 16 saat itu meraih perhatian rata-rata netizen yang mempersoalkan tindakan pihak mereka yang membuang susu berkenaan.

Bagaimanapun, beberapa individu mendakwa susu Nilofa itu dipercayai telah tamat tempoh.

Lantaran itu, ramai yang tidak berpuas hati kerana menurut netizen, pihak Neelofa seharunya memeriksa terlebih dahulu seeloknya dalam tiga bulan sebelum memutuskan untuk buang.

 

Sementara itu, ada dalam kalangan mereka turut berkata pihak Neelofa seharusnya memberi sedekah kepada orang ramai ataupun membuat promosi dengan menjual harga murah daripada terus membazir.

 

Sehingga kini masih tiada respon daripada pihak Neelofa sendiri mengenai isu tular berhubung ‘pembaziran’ produk susu Nilofa seperti didakwa netizen.

Semasa artikel ini ditulis, video tular tersebut meraih sebanyak 70,000 tontonan, 372 tanda suka dan 160 komen.

Aqilah Paharuzi