Edar Kanabis Seberat 1170 Gram, Suami & Isteri Sarat Hamil 7 Bulan Dihukum Gantung Sampai Mati

Pekerja penyelenggaraan dan isterinya yang sedang sarat mengandung tujuh bulan dijatuhkan hukuman gantung sampai mati atas pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh, Melaka, hari ini.

Memetik laporan Harian Metro, Aidil Shazreen Sanip, 29, dan isterinya Maizurah Nurshafera Md Said, 30, mengangguk faham sebaik pertuduhan dibacakan di hapadan Majistret Mazana Sinin.

Namun begitu, tiada pengakuan direkodkan daripada kedua-duanya.

Pasangan itu didakwa bersama-sama mengedar kanabis dengan berat kasar, 1,170 gram dalam Proton Persona di hadapan rumah di Kampung Semabok JMMU kira-kira 6.30 petang pada 29 September 2022 lalu.

Oleh itu, kesalahan tersebut didakwa mengikut Seksyen 39B (1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan dihukum mengikut Seksyen 39B (2) akta sama serta dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh dihukum gantung sampai mati.

Pendakwaan itu telah dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Sharina Farhana Nor Saā€™ari, manakala wanita itu diwakili peguam Noor Svetlana Mohd Noor Nordin.

Untuk info, Noor Svetlana memohon supaya mahkamah menggunakan budi bicara mengikut Seksyen 388 Kanun Tatacara Jenayah untuk membolehkan tertuduh, Maizurah Nurshafera diikat jamin atas sebab wanita tersebut sedang hamil tujuh bulan dan bakal melahirkan anak ketiganya pada 27 Disember ini.

Namun begitu, pendakwaan membantah dengan memaklumkan Seksyen 41B(1) ADB 1952 secara terperinci yang menyatakan ikat jamin tidak dibolehkan kepada tertuduh yang melakukan kesalahan membawa hukuman mati.

Oleh itu, Majistret Mazana tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan kes telah dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

ā€œTerpulang kepada peguam jika mahu membuat permohonan jaminan di Mahkamah Tinggi,ā€ ujarnya.

Sumber: Harian Metro

Atiqah Johari