[VIDEO] Watie Hanifiah Wish Birthday Shuib, Netizen Pula Tegur Perkara Lain Gara-Gara…

Usahawan Watie Hanifiah yang juga isteri kepada pelawak, Shuib sekali lagi menjadi perhatian apabila membuat perkongsian di media sosial miliknya, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Watie atau nama sebenarnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah memuat naik hantaran yang memaparkan momen-momen manis dia bersama Shuib

Perkongsian tersebut dibuat sempena hari ulang tahun kelahiran Shuib hari ini. Oleh itu, Watie membuat ucapan istimewa kepada suaminya yang tercinta.

“Selamat ulangtahun buat suamiku yang terpaling manjaakaliiiiiii

“Semoga allah panjangkan umur dan merahmati Didi sentiasa, semoga Allah meletakkan rasa bahagia, rasa nikmat di setiap apa jua yg Didi lakukan dalam hidup ok,” tulisnya.

Tulis Watie lagi, dia bersyukur dikurniakan suami yang sempurna di matanya dan berharap rumah tangga mereka dirahmati Allah.

“Terima kasih kerana menjadi suami yang cukup sempurna.

“Semoga Allah menjaga hati & perasaan kita bersama. ILY shoo much Didi,” luah Watie.

Ternyata, perkongsian tersebut turut dihujani dengan ratusan komen yang rata-ratanya mengucapkan selamat hari lahir kepada Shuib.

Namun, ada juga yang tampil menegur penampilan Watie itu yang hanya mengenakan ‘inner’ sehingga menampakkan bahagian lehernya.

Untuk info, pasangan sama cantik sama pada ini sah bergelar suami isteri pada 23 Jun lalu.

Dalam majlis yang penuh indah, Shuib menyerahkan mas kahwin sebanyak RM8,288 atas simbolik tarikh lahir Watie.

Shuib pernah mendirikan rumah tangga bersama penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raisuddin pada 2011 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan, 2.

Allahyarham Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan COVID-19.

ARTIKEL BERKAITAN: Selamat Nikahi Watie, Shuib Tamatkan Zaman Duda Dengan Sekali Lafaz

ARTIKEL BERKAITAN: Dikritik Selalu Bersolek, Ini Respons Watie Hanifiah – “Suami Suka Tengok Kita Bersiap, Pakai Makeup.. Nak Buat Macam Mana”

Khairil Khusyairi