[VIDEO] Yazmin Aziz Dakwa Bapa Kandungnya Seorang Pedofilia?

Penyanyi Yazmin Aziz mendakwa bapa kandungnya berkemungkinan seorang pedofilia kerana meluangkan masa bersama dua remaja di dalam bilik hotel.

Menerusi perkongsiannya di TikTok beberapa bulan lalu, dia menghubungi bapanya dan akhirnya panggilan tersebut dijawab oleh dua remaja perempuan.

Melalui panggilan tersebut juga, bapa Yazmin tidak mengaku dirinya sebagai anak perempuannya tetapi hanya seorang sahabat dari Malaysia.

@yazminaziz Cant believe this is a true story about my biological father in Canada 🥲 #fyp #tiktokmy #truestory ♬ original sound – Yazmin Aziz

“Apabila bapa saya akhirnya mengangkat panggilan, terdapat dua remaja sedang melepak di dalam bilik hotelnya.

“Kemudian remaja tersebut bertanya siapakah saya, bapa saya berkata ‘Oh, dia kawan saya dari Malaysia’. Saya menjawab ‘Tidak, saya anak awak. Sampai hati awak?’,” katanya.

Menurut Yazmin, badan dua remaja itu dipenuhi tatu berserta tindik dimuka termasuklah bapanya.

Malah, selepas kejadian itu, khabar berita dari bapanya juga sudah tidak lagi diterima.

“Dia tidak lagi mesej saya, tiada panggilan, tiada mesej, tiada jawapan, tiada apa-apa. Ia membuatkan saya terfikir adakah bapa saya seorang pedofilia?,” ujarnya.Penyanyi Yazmin Aziz mendakwa bapa kandungnya berkemungkinan seorang pedofilia kerana meluangkan masa bersama dua remaja di dalam bilik hotel.

Menerusi perkongsiannya di TikTok beberapa bulan lalu, dia menghubungi bapanya dan akhirnya panggilan tersebut dijawab oleh dua remaja perempuan.

Melalui panggilan tersebut juga, bapa Yazmin tidak mengaku dirinya sebagai anak perempuannya tetapi hanya seorang sahabat dari Malaysia.

“Apabila bapa saya akhirnya mengangkat panggilan, terdapat dua remaja sedang melepak di dalam bilik hotelnya.

“Kemudian remaja tersebut bertanya siapakah saya, bapa saya berkata ‘Oh, dia kawan saya dari Malaysia’. Saya menjawab ‘Tidak, saya anak awak. Sampai hati awak?’,” katanya.

Menurut Yazmin, badan dua remaja itu dipenuhi tatu berserta tindik dimuka termasuklah bapanya.

Malah, selepas kejadian itu, khabar berita dari bapanya juga sudah tidak lagi diterima.

“Dia tidak lagi mesej saya, tiada panggilan, tiada mesej, tiada jawapan, tiada apa-apa. Ia membuatkan saya terfikir adakah bapa saya seorang pedofilia?,” ujarnya.

Maya Basir