[VIDEO] Nuha Nekad Lari Dari Adam, Tapi Mengandung Pula! Ruang Instagram Bella Astilah Dibanjiri Komen Netizen – “Jangan Patah Balik!”

Drama hangat, Aku Tanpa Cintamu lakonan mantap aktres Bella Astilah dan aktor Zamarul Hisham menjadi sebutan selepas berjaya menambat hati penonton yang berang melihat sketsa yang berlaku tatkala menuju episode akhir ini.

Menerusi sebuah video tular di TikTok, seorang pengguna telah memuat naik sedutan babak Nuha dibawa oleh Bella yang telah bernekad untuk melarikan diri daripada suami psiko, Adam lakonan Zamarul.

Menerusi video tersebut, Nuha menangis lalu menelefon Adam dan memberi pesanan kepadanya bahawa dia tidak akan kembali kepada sisi Adam serta tidak akan mengaitkan kedua ibu bapanya dalam konflik rumah tangga mereka.

Bagaimanapun, di penghujung drama episode 13 itu Nuha mendapati dirinya hamil 10 minggu namun reaksi wajahnya seakan tidak teruja.

Berdasarkan pemerhatian XTRA di ruang Instagram Bella, rata-rata netizen meluahkan rasa berang dan mempersoalkan mengapa Nuha hamil di saat mula kuat untuk melarikan diri.

Ada juga dalam kalangan mereka yang memohon Nuha untuk teruskan perjalanan dan berhenti menjadi seorang isteri ‘dungu’ yang menuruti setiap permintaan suami.

Menjengah ke Instagram Story, Bella terhibur membaca komen-komen netizen yang ternyata gembira melihat Nuha akhirnya bangkit dan berani melawan.

Jangan lupa tonton drama Aku Tanpa Cintamu di slot Samarinda setiap Isnin hingga Khamis, pukul 10.00 malam dan strim secara langsung di www.tonton.com.my.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bawa Watak Suami Baran & Kaki Curang, Netizen Hampir Pecahkan TV Akibat Geram Dengan Karakter Zamarul Hisham

Artikel Berkaitan: Makan Sambil Menangis, Penangan Bella Astillah Bawa Watak Nuha Dipuji Ramai

Aqilah Paharuzi