Categories: HiburanSelebriti

Vin Diesel dan The Rock Pelakon Termahal 2017

Vin Diesel dan The Rock merupakan aktor yang mendapat bayaran paling mahal sepanjang 2017.

Hasil daripada kutipan pecah panggung filem itu juga meletakkan Vin Diesel meraih pendapatan tertinggi tahun ini.

Sumber pendapatan Vin juga dipengaruhi oleh dua buah filem lakonannya iaitu xXx: Return of Xander Cage dan Guardians of the Galaxy Vol.2.

Manakala, filem Baywatch lakonan The Rock pula gagal mendapat kutipan pecah panggung selain filem Jumanji: Welcome to the Jungle yang baru ditayangkan bulan ini.

Selain Vin dan The Rock, bintang utama Wonder Woman, Gal Gadot juga tersenarai antara 10 pelakon yang termahal tahun 2017.

Gal Gadot pernah muncul bersama The Rock dalam filem francais Fast and Furious 4, 5 dan 6.

SGMS Enal