[VIRAL] “Doktor Erin” Ditangkap Didakwa Menipu Wanita Membabitkan 10 Ribu, Da’i Farhan Enggan Komen

Baru-baru ini gempar apabila isteri kepada juara program Da’i musim kedua, Dai’ Farhan iaitu Noorainul Naqim Mohd Radzi,  didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, hari ini, atas tuduhan menipu seorang wanita berjumlah RM10,050 untuk mendapatkan sijil halal dan pengiktirafan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh telah mendorong Norsiha Aala pada 21 Disember 2017 hingga 26 Februari 2018, bertempat di Taman Keramat, Wangsa Maju untuk menyerahkan wang RM10,050 untuk Sijil Halal dan pengiktirafan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi produk miliknya.

Mengaku Tidak Bersalah

Walau bagaimanapun, tertuduh yang dikenali sebagai “Dr. Erin” mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Wong Chai Sia.

Tertuduh dituduh mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan (KK) kerana menipu yang sabit kesalahan boleh dihukum penjara selama kurang setahun dan tidak melebihi 10 tahun dengan sebat serta denda.

Timbalan Pendakwa Raya, Wan Ahmad Hakimi Wan Ahmad Jaafar menawarkan jaminan sebanyak RM10,000 kepada mahkamah. Peguam bela, Sheikh Abdullah Abdul Malik dalam rayuannya memohon mahkamah untuk mengurangkan jaminan memandangkan anak guamnya penanggung tunggal lapan anak berusia lima hingga 19 tahun.

Majistret kemudian memerintahkan tertuduh membayar jaminan sebanyak RM4,000 dan menetapkan 3 April ini untuk serahan dokumen.

 

 

Da’i Farhan Enggan Ulas Lanjut

Da’i Farhan atau nama sebenarnya, Nik Ahmad Farhan Nik Muhamad yang ditemui di mahkamah enggan mengulas lanjut. Mangsa pernah berurusan dengan tertuduh pada 2017 yang menjanjikan menguruskan sijil halal Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) dan sijil KKM bagi produk jamu namun sehingga tahun lalu tiada proses dijalankan dan mangsa berasa tertipu.

 

 

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 3 April ini untuk sebutan semula kes. Noorainul Naqim membayar jaminan tersebut.

Semoga isu ini dapat diselesaikan dengan segera.

Syafiqa Irdina