[VIRAL] Lee Kwang Soo Terlibat Kemalangan, Tiada Lagi ‘Zirafah’ Dalam Running Man

Apa dah jadi dengan Kwang Soo!

Salah seorang anggota kumpulan siri game show paling popular, Running Man iaitu Lee Kwang Soo dilaporkan cedera dibahagian pergelangan kakinya akibat terlibat dalam satu kemalangan melibatkan kereta yang dipandunya pada minggu lalu.

Sumber : Instagram @sbs_runningman_sbs

Kemalangan tersebut mengakibatkan pelakon dan juga model ini terpaksa menjalani pembedahan kecil sehingga beliau terpaksa berehat seketika daripada menjalani sebarang aktiviti penggambaran termasuklah penggambaran program paling popular itu.

” Akibat kecederaan yang dialami Kwang Soo, beliau akan berehat daripada menjalani penggambaran Running Man sehingga pulih sepenuhnya. Namun, beliau akan menjalani penggambaran program ini sekiranya beliau pulih sepenuhnya nanti. Ini kerana, kesihatan beliau adalah keutamaan kami.” Kata wakil daripada krew penggambaran.

Sumber : Instagram @masijacoke850714

Kenderaan yang dipandu Kwang Soo dilanggar!

Manakala, menurut agensi King Kong by Starship berkata, ketika kejadian yang berlaku pada 15 Februari lalu, kenderaan yang dipandu oleh Kwang Soo telah dilanggar oleh sebuah kereta dan dipercayai kereta tersebut  turut melanggar lampu isyarat sehingga menyebabkan artis dibawah naungannya ini mengalami kecederaan patah pergelangan kaki kanan dan memerlukan beliau menjalani pembedahan secepat yang mungkin.

Susulan kemalangan tersebut, Kwang Soo terpaksa direhatkan sementara daripada aktiviti beliau termasuklah penggambaran Running Man.

So, siapa yang rindu Kwang Soo tu doakanlah agar Asian Prince ini cepat sembuh dan kembali beraksi okay!

Peminat doakan Kwang Soo cepat sembuh

 

 

Sumber : koreaboo
Salma Syahbuddin