Categories: Trending

[VIDEO] “Dia Sering Datang Bertemu Anak-Anak”- Pengurus Rumah Anak Yatim Dedah Sikap Murah Hati Ashraf Sinclair

Kematian pelakon kelahiran Malaysia, Ashraf Sinclair telah mengejutkan ramai pihak. Umum mengetahui, kematiannya berpunca daripada serangan jantung.

Kehilangannya meninggalkan kesan yang mendalam buat insan-insan terdekat dan kenalan selebriti. Keperibadiannya  Ashraf Sinclair yang bukan sahaja merupakan suami terbaik malah seorang sahabat dan insan yang berbudi pekerti dan pemurah membuatkannya disegani ramai. 

Terbaru, dalam satu temuramah bersama Pengurus Yayasan Yatim Piatu Daarul Rahman, H Ahmad Habib mendedahkan bahawa Ashraf merupakan seorang yang sangat pemurah. 

Malah, beliau turut mendedahkan bahawa Ashraf sering meluangkan masa dan berkunjung ke yayasan tersebut untuk menghulurkan bantuan buat anak yatim piatu. 

Kali terakhir berjumpa Ashraf dua bulan lalu dalam keadaan sihat

H Ahmad Habib memberitahu bahawa kali terakhir beliau berjumpa Ashraf adalah sekitar dua bulan lalu, malah Ashraf masih berada dalam keadaan sihat. Berita kehilangan Ashraf sangat dirasai oleh ahli yayasan Yatim Piatu Daarul Rahman. Dipercayai, yayasan tersebut kini mempunyai 78 orang anak yatim piatu. 

       

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”