Viral Video Nora Danish Didakwa Sengaja Tayang Badan, Ramai Lelaki Gatal Tinggalkan Komen L*cah

Pelakon Nora Danish menjadi perbualan hangat netizen selepas didakwa sengaja menonjolkan ‘aset’ serta bentuk badannya menerusi satu video pendek.

Video berdurasi 6 saat itu dimuat naik di akaun TikTok oleh seorang individu telah meraih perhatian ramai netizen yang meninggalkan komen-komen lucah.

Aktres terkenal dengan drama Puteri itu memakai baju putih hingga bahunya terdedah dipercayai berada di lokasi penggambaran.

Ruangan komen video tersebut dibanjiri komen golongan lelaki nakal.

Bagaimanapun, difahamkan video tersebut telah dipadamkan oleh individu berkenaan.

Aqilah Paharuzi