Vivy Yusof Dedahkan Hadiah Paling Berharga Dari Ayah?

Siapa tak kenal fashionista dan usahawan, Datin Vivy Sofinas Yusof? Walaupun menghadapi pelbagai cabaran tatkala menjalankan tugas sebagai pengasas bersama Fashion Valet dan pengasas kepada Duck, Vivy tidak mudah melatah dan sentiasa menghadapinya dengan tenang.

Baru-baru ini, Vivy berkongsi yang ayahnya telah membelikannya berhelai-helai tudung ‘Duck’ palsu yang dibeli dari Vietnam sebagai ‘hadiah’ dan Vivy telah memuat naik video ‘unboxing’ tudung-tudung itu di saluran YouTube miliknya dan juga di Instagram @vivyyusof. 

Melalui perkongsian itu, Vivy mendedahkan perbezaan tudung Duck asli dan yang palsu dan betapa perasaannya tidak terungkap dengan kata-kata apabila melihat produknya ditiru dan dijual secara berleluasa. 

“Pertama sekali, tudung Duck tidak pernah di letakkan di dalam plastik. Kualitinya juga amat berbeza.

“Ia mungkin kelihatan seperti yang asli, tetapi ia bukan.  Kami sangat mengambil berat tentang produk kami, jadi untuk melihat ia ditiru dan dijual sangatlah mendukacitakan. 

“Tolong lah sokong kami, dengan tidak menyokong pembelian dan penjualan tudung Duck palsu,” katanya di dalam video berkenaan.

Melalui perkongsian itu, Vivy mendakwa ramai yang memberi kata-kata semangat buatnya dan ada juga yang tampil  meminta maaf kerana pernah menjual atau membeli tudung Duck yang palsu. 

Malah, Vivy juga memaparkan tangkapan skrin tanpa mendedahkan identiti individu-individu berkenaan buat tatapan umum sebagai tanda terima kasih atas keberanian mereka untuk meminta maaf ke atas perbuatan mereka terdahulu.

Kredit Foto: Instagram @vivyyusof

 

Del14