Sherry Ibrahim Mahu Terus Berniaga Walaupun…

Pelakon popular, Sherry Ibrahim yang kini sedang giat menjalankan perniagaan sendiri mendakwa dia merasa puas walaupun terpaksa berhabisan menggunakan wang simpanannya untuk membuka perniagaan spa rambut tanpa rakan kongsi.  

Jelas Sherry lagi, untung rugi adalah perkara biasa dalam perniagaan dan selepas berjaya membuka spa rambut dengan titik peluhnya sendiri, Sherry atau nama sebenarnya Syarizad Ibrahim berasa teruja untuk melancarkan produk barunya minggu hadapan. 

“Tahun lalu saya ada membuka spa rambut.  Saya keluarkan modal sendiri tanpa sebarang rakan kongsi.

“Walaupun pendapatan ada naik dan turun, tapi saya puas sebab ia atas usaha sendiri.  Diakui, bukan mudah sebenarnya, tapi ini adalah impian saya sejak dulu lagi.  InshaAllah, minggu depan saya akan melancarkan jenama tudung sendiri.  Itu pun saya buat sendiri,” katanya kepada Harian Metro.  

Namun demikian, pelakon yang popular menerusi drama rantaian Teduhan Kasih itu tidak akan meninggalkan dunia lakonan yang terlebih dulu mengangkat namanya kerana padanya dua-dua sama penting. 

“Alhamdulillah, tawaran lakonan sentiasa ada.  Cuma, saya kena lebih memilih sebab kena fokus perniagaan juga.  Saya tak boleh tinggalkan terus berlakon sebab dalam masa sekarang ia turut memainkan peranan penting terutama dalam soal promosi. 

“Adat perniagaan tidak semestinya terus berjaya.  Alhamdulillah, saya perlahan-lahan bangkit. Apa yang penting, perkhidmatan dan kualiti perlu dijaga,” katanya lagi. 

Kredit Foto: Instagram @sherryibrahim

Del14