Vivy Yusof Kerja Keras Untuk dUCk ke-5!

Nama Vivy Yusof, usahawan dan pengasas bersama Fashion Valet dan The dUCk Group ini begitu popular di kalangan warganet semasa dia masih belajar dalam jurusan undang-undang di London School of Economics menerusi blognya ‘Proudduck’.

Ikon gaya dan media sosial yang mempunyai 1.8 juta pengikut di instagram dan lebih kurang 250k ‘hits’ di blognya saban hari ini juga telah berjinak-jinak dengan ‘vlogging’ dan mempunyai rancangannya sendiri di YouTube!

Bukan itu sahaja, Vivy atau Datin Vivy Sofinas Yusof dilantik sebagai ahli Lembaga Pengarah Universiti Institut Teknologi Mara pada bulan Mei yang lalu. Satu pencapaian yang sangat menakjubkan bukan? 

Ketika ditemui di majlis pelancaran butik dUCk yang ke-5 di pusat membeli-belah One Utama, Damansara Utama, Vivy ditanya bagaimana dia membahagikan masa sebagai seorang ibu, seorang usahawan yang mempunyai perniagaan sendiri, sebagai seorang blogger, pengarah dan sebagainya. 

“Semua orang akan ada kesukaran untuk membahagi-bahagi kan masa untuk kerja, keluarga, juga untuk diri sendiri..jadi pengurusan masa itu amat penting. Tak boleh buang masa macam tu je dan kena cekap bila buat sesuatu kerja.  

“Bila sedang bekerja, tumpukan sepenuh perhatian pada apa yang sedang dilakukan. Bila kat rumah pula, pastikan masa bersama keluarga dan anak-anak digunakan dengan betul.  Luangkan masa yang sedikit itu dengan memberi perhatian yang tak berbelah bahagi kepada mereka. Barulah kita akan rasa puas sebab dah cuba sedaya upaya untuk menggunakan masa yang kita ada dengan sebaik mungkin,” ujar Vivy yang pernah tersenarai dalam senarai ‘Asia’s Top 30 under 30’ Forbes bersama-sama Neelofa.  

Siapa sangka ‘The dUCk Group’ telahpun berusia 5 tahun dan apabila melangkah masuk ke butik dUCk yang ke-5 ini, ia ibarat seperti memasuki perpustakaan! Konsep terbaharu butik dUCk di One Utama berlainan dari konsep-konsep sebelum ini di mana menurut Vivy pelanggan boleh memilih dan mengambil sendiri tudung dUCk yang dipilih di panel dinding ‘perpustakaan’ tersebut.

Mungkinkah satu hari nanti ada butik dUCk yang sebesar dan se-gah Starfield Library di Seoul? 

Del14