Wajah Tenang & Tersenyum, Ebit Lew Sambung Perbicaraan Hari Terakhir

Hari terakhir perbicaraan pendakwah bebas, Ebit Lew sebelum disambung semula dengan tarkih baharu dijangka masih diberi tumpuan kepada Firdaus Wong yang merupakan saksi ketiga pihak pendakwaan.

Memetik laporan Sinar Harian, saksi pertama Mohd Fairuz Abu, 37, dalam perbicaraan pada Khamis lalu dimaklumkan oleh mahkamah bahawa beliau akan dipanggil semula untuk sambung pemeriksaan balas daripada pihak peguam bela sebelum diteruskan dengan perbicaraan Firdaus.

Setakat ini, sudah tiga saksi dipanggil sepanjang empat hari perbicaraan yang berlangsung di Mahkamah Majistret di Tenom.

Namun begitu, Ebit dilihat dalam keadaan tenang dan sempat tersenyum ketika melangkah masuk ke mahkamah sebelum perbicaraan bermula pada pukul 9.30 pagi.

Turut dilihat pasukan peguam belanya iaitu Ram Singh, Kamarudin Mohmad Chinki dan Timothy Daut bersama-sama dengan Ebit ketika di perkarangan mahkamah.

Untuk info, Ebit berhadapan 11 pertuduhan berkaitan gangguan seksual dan didakwa membuat hantaran gambar dan perkataan lucah yang mengaibkan kehormatan mangsa melalui aplikasi Whatsapp mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

Sumber dan Kredit Foto: Sinar Harian

Atiqah Johari