Walau Dah Berpisah, Ziana Zain Titip Pesan Pada Anak-Anak Untuk Jaga Kebajikan Bapa – “Mama Tak Akan Marah..”

Umum sedia maklum, penyanyi tersohor Ziana Zain pernah melalui episod hitam rumah tangga dan akhirnya bercerai pada 2018 selepas 20 tahun berkahwin.

Baru-baru ini, menerusi sedutan sebuah program bual bicara yang tular di aplikasi TikTok, Ziana tampil memberi pesanan kepada anak-anak untuk menjaga bapa mereka, Armin Zaharin, 57.

Pelantun lagu Putus Terpaksa itu berkata anak-anak bertanggungjawab untuk menjaga kebajikan bapa mereka sekiranya tiada siapa yang mahu menjaga.

“Dengar baik-baik, sekiranya tak ada orang nak jaga ayah, tiada sesiapa yang boleh jaga ayah bila dah tua, harus korang ambil ayah dan bawa ke rumah untuk jaga,” katanya.

Berusia 54 tahun, Ziana berkata dia tidak akan memarahi anak-anaknya dan menyeru anaknya untuk menjadi seorang insan bertanggungjawab.

“Mama takkan marah korang, itu tugas anak-anak mama,” ujarnya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai dalam kalangan netizen memuji cara didikan Ziana yang tidak mengajar anaknya untuk membenci bapa mereka, meskipun melalui pengalaman pahit bersama suami.

Rata-rata netizen turut tidak menyangka penyanyi kegemaran ramai ini terpaksa melalui detik hitam secara ‘tersembunyi’ tanpa pengetahuan orang lain.


Ziana yang popular dengan lagu Madah Berhelah dan Armin Zaharin, sah bercerai dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 12 Julai 2018.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 9 Mei 1998 dan dikurniakan tiga anak lelaki dan seorang perempuan, berumur lingkungan 11 hingga 20 tahun.

Aqilah Paharuzi