Usahawan dan pempengaruh, Watie Hanifiah kekal tenang biarpun menerima kecaman netizen.
Sering menjadi topik perbualan netizen sejak hubungan cintanya dengan pelawak Shuib diketahui umum, Watie tidak cepat melatah dan kekal positif.
Terbaharu, Watie sempat berseloroh mengenai situasi yang dihadapinya menerusi hantaran terbaharu di Instagram menggunakan filter ‘janggut’.
“Waiting people to stop commenting & hentam me, be like #sampaiberjanggutdah,” tulisnya.
Menariknya, Watie menggayakan tudung jenama Loveta yang diusahakan oleh arwah isteri Shuib, Allahyarham Siti Sarah bersama ibu tirinya, Siti Fatimah Suberi.
“Tudung flowy, selit-selit siap by @lovetahq,” tulisnya lagi.
Di ruangan komen, terdapat segelintir netizen yang tetap mengecam Watie.
Namun begitu, ada juga netizen yang memohon agar wanita itu kekal tabah.
Warganet juga sempat berseloroh wajah Watie ketika menggunakan filter janggut seiras dengan Shuib.
Terdahulu, Shuib mendedahkan dia mempunyai perancangan untuk menikahi Watie pada pertengahan tahun ini.
ARTIKEL BERKAITAN: Shuib Rancang Nikahi Watie Pertengahan Tahun Ini
“Saya berniat (mendirikan rumah tangga) pada pertengahan tahun ini. Insya-Allah yang terperinci saya akan kongsikan nanti,” katanya.
Tak baik hina pekerjaan orang. Itukan rezeki 🙄
Ubai MZ kurang senang dengan tindakan bekas suami kepada Shila Amzah iaitu, Haris Edraki Elias.
Hurmmm, apa pendapat korang? Maafkan ke tidak...
Memang ramai betul CCTV Sarah Yasmine ek😅
Ezzanie memegang watak Shahidah dalam Kuih Muah.