Cantiknya Bertudung! Padam Foto Free Hair, Julia Farhana Kini Berhijab?

Pelakon jelita, Julia Farhana Marin, 29, telah memadam foto-foto lama dan mengemaskinikan laman sosial Instagram miliknya.

Menerusi pemerhatian XTRA, isteri kepada Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum ini sudah tampil dengan imej berhijab dan memadam gambar-gambar lama ketika masih belum bertudung.

Sebuah video kempen dikongsikan Julia dua hari lalu memaparkan penampilan dirinya ketika masih belum berhijab dan keterangan di kapsyen seakan mengesahkan penghijrahan aktres anggun kacukan Melayu dan Itali ini.

“Disclaimer: Rakaman ini dibuat sebelum Ju bertudung. I am obligated to my responsibility for this collaboration according to the scheduled posting,” tulisnya.

Terdahulu, sekitar Januari lalu, Julia pernah mendedahkan suaminya, Dr Che Hafiz sangat memahami dirinya sebagai seorang isteri yang masih belum bersedia untuk berhijab menutup aurat.

“Saya terus terang dengan Dr Che Hafiz sendiri sebelum kita kahwin, saya belum sedia nak pakai tudung, belum bersedia lagi nak jadi isteri yang sempurna.

ARTIKEL BERKAITAN: “Dia Bawa Pergi Masjid Shah Alam Untuk Solat Berjemaah” – Julia Farhana Dedah Tempat Pertama Dating

“Because culture kita berbeza, cara kita dibesarkan berbeza. Dia sangat memahami where I am at dan dia guide every single day,” katanya.

Julia dan Dr Che Hafiz mendirikan rumah tangga pada 14 Disember tahun lalu.

Padin