Hiburan By: SGMS Faida December 23, 2018 @ 1:06pm

Wany Hasrita Selesa Keluar Zon Selesa

Single terbaru berjudul Terlalu Memuja nyanyian penyanyi popular Wany Hasrita menampilkan sisi matangnya.

Memetik laporan kepada Berita Harian, penyanyi berusia 26 tahun ini berasa puas apabila berjaya keluar dari ruang selesa.

“ Sebelum ini, saya hanya mengikut kehendak pasaran yang lebih suka saya menyanyikan lagu mendayu-dayu.

“ Selepas dua tahun menyanyi, saya perlu mencari sisi baharu untuk menyerlahkan kemampuan diri. Sampai bila saya mahu selesa di takuk lama, sedangkan harapan peminat semakin tinggi,” katanya.

Dalam masa sama, dia menaruh harapan tinggi melihat Terlalu Memuja melangkah jauh, seterusnya membuka semula ruang untuk beraksi di pentas Anugerah Juara Lagu.

“Masa untuk bermain-main sudah tiada, sebaliknya saya perlu serius bekerja keras memenuhi impian. Saya tidak mahu lagi bakat saya diperkecilkan.

“Tahun depan juga, saya berazam mahu membawa ibu dan ayah menunaikan umrah, selain membeli kediaman sendiri.

“Saya tidak kisah berkorban usia muda untuk membahagiakan ibu dan ayah. Sementara masih diberi Allah kudrat, saya tidak akan berhenti berusaha,” katanya yang bakal membawakan lagu genre tradisional tahun depan. – BH Online.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 18 Aug 2022
Featured Fri, 15 Jul 2022

“Saya Sokong 100%, Puteri Sarah Berhak Bersuara!” – ‘Kaki Sondol’ Suami Orang, Ini Pesanan Nad Zainal

Pelakon versatil, Nad Zainal memberikan pandangan peribadi terhadap rakan selebriti yang juga isteri kepada pengarah terkenal, Syamsul Yusof iaitu Puteri Sarah Liyana. Menurut Nad atau nama sebenarnya, Farah Nadia Zainal Abidin, 32, dia mengakui akan […]

Hiburan Tue, 23 Jul 2019

Kyungsoo’s Trending on Twitter Just for Looking Healthy

K-pop fans really show true dedication and love for their idols, don’t they?

Hiburan Wed, 31 Oct 2018

Dituduh Tumpang Kesenangan Isteri, Apa Komen Nubhan Ahmad?

Ish, siapa yang tergamak cakap macam tu pada Nubhan? Tak baik tau!

Featured Wed, 23 Nov 2022

“Awkward & Malu Sedikit…” – Adam Lee Lebih Gembira Selepas Menikah

Pelakon Adam Lee yang baru sahaja menamatkan zaman bujang bersama aktres Sweet Qismina mendedahkan banyak perkara baharu yang dilaluinya setelah bergelar seorang suami. Menurut Adam, kehidupannya selepas berumah tangga lebih gembira kerana kini ditemani oleh […]

Featured Sat, 6 Aug 2022
Events Wed, 15 Jun 2022

[VIDEO] Tular Menangis Di Stadium, Safiq Rahim Hadiahkan Sepasang Boot Kepada Remaja Lelaki Sebagai Tanda…

Min salute dengan semangat adik ni 🤩 Bertuahnya dapat boot dari Safiq Rahim 🔥

Hiburan Mon, 2 Oct 2023