Warisi Bakat Memasak, Anak Nabila Huda Tak Kekok Beraksi Di Dapur… Bakal Hangatkan Pertempuran Akhir Dapur Tempur Ra-Ra!

Setelah empat minggu menghiburkan peminat dengan pelbagai aksi masakan dan reaksi yang hebat, episod akhir Dapur Tempur Ra-Ra bakal memeriahkan sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini.

Program yang dihoskan oleh Yasmin Hani ini dihiburkan dengan kejutan dan yang bakal disajikan oleh dua pasangan keluarga yang bakal bertempur.

Dalam episod kali ini, kumpulan Double Trouble yang merupakan pasangan ibu dan anak, Nabila Huda dan Keisha Laila bakal berentap dengan pasangan adik-beradik, Seketul Rasa yang terdiri daripada Shima Samarudin dan Hanis Samarudin.

Keisha menunjukkan bakat memasak yang diwarisi daripada ibunya malah tidak kekok untuk berkasi si dapur.

Dapur pertempuran lebih huru-hara dengan kehadiran kedua-dua peserta yang kompetitif lebih-lebih lagi dengan penampilan Nabila Huda.

‘Dapur Tempur Ra-Ra’ boleh ditonton di TV9 akan bersiaran pada 23 April 2023, hari Ahad, pukul 9.00 malam dan strim secara langsung secara HD melalui Tonton diwww.tonton.com.my atau di aplikasi Tonton yang boleh dimuat turun dari Google Play atau App Store serta strim langsung melalui YouTube TV9 Malaysia.

Ikuti media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV9Malaysia serta TikTok @TV9MalaysiaOfficial dan layari http://www.xtra.com.my/ untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV9.

Nurul Hana