Watak ‘Mr. Not Nice’ Gambit Saifullah Buat Mira Filzah Geram, Ramai Netizen Menyirap Gara-Gara…- “Aku Hempuk Gak Si…”

Drama rantaian Bisik-Bisik Gelora yang bersiaran di TV3 menerusi slot Akasia semakin mendapat tempat di hati penonton setianya.

Lebih menarik lagi, watak ‘Mr. Not Nice’ atau Fakhri yang dilakonkan oleh Gambit Saifullah turut membuat warganet menyirap sehinggakan pelakon Mira Filzah turut meluahkan rasa geramnya terhadap drama itu.

“Hahahahahaha. Eyy geram je Mr Not Nice ni,” tulis Mira Filzah.

Walaubagaimanapun, Gambit yang terkenal dengan membawa watak sebagai lelaki lembut dan antagonis itu berjaya membuat peminat drama ini terhibur dengan telatahnya.

“Dia ni tak sudah-sudah berlakon lembut je keje dia , tak lembut gedik pulak,” komen seorang warganet.

“Aku hempuk gak si soton sengal ni.. Not nice baby boooo,” tulis seorang netizen.

“Geram la tengok mamat not nice ni..cakap dengan gaya camtu..eeeee,” komen seorang neitzen.

Selain Gambit, drama Bisik-Bisik Gelora arahan Riza Baharudin ini turut dibintangi Redza Rosli, Raysha Rizrose, Shakilla Khoriri dan ramai lagi.

Jangan lupa saksikan Bisik-Bisik Gelora setiap Isnin hingga Ahad, jam 7 malam di slot Akasia, TV3.

Fatin Nurain