Hiburan By: SGMS Faida April 12, 2019 @ 3:22pm

Watak Syed Hamadi Lebih Popular, Apa Komen Amyra Rosli?

Kalau korang perasan, watak Syed Hamadi lakonan Azhan Rani lebih banyak dibincangkan di media sosial berbanding watak Nur sendiri dalam drama popular Nur 2. 

Ada yang menganggap watak antagonis ini seolah lebih ‘kuat’ dan impaknya lebih besar untuk siri kali ini.

Namun begitu, pelakon utama drama Nur 2, Amyra Rosli tidak berkecil hati dan menganggap ia bukan satu hal yang perlu diperbesarkan.

“ Saya tak rasa timbul isu overshadow di antara watak Madi dan Nur. Penonton baru tengok di episod awal, masih banyak lagi permainan yang akan dipersembahkan.

“ Saya faham ramai yang bercakap mengenai hal ini di media sosial. Sabar dulu, masih awal untuk buat kesimpulan begitu,” katanya kepada XTRA.

Akui Amyra, dia berharap agar penonton tidak terkejut dengan penceritaan di pertengahan dan akhir episod Nur 2.

“ Anda akan nampak kelainan pada ‘warna’ Nur apabila dia mula berani berdepan dengan Ustaz Madi. Lebih banyak kejutan lebih-lebih lagi melibatkan permainan Madi yang lebih besar. Apapun, saya tak rasa para pelakon overshadown antara satu sama lain, semuanya seimbang,” akhirinya yang memuji kreativiti pengarah, Shahrulezad Mohameddin.

Drama rantaian Nur mencipta fenomena tersendiri pada tahun lalu seterusnya melayakkan mereka menang besar di Drama Festival Kuala Lumpur 2019 yang berlangsung Ahad lalu.

Oleh: SGMS Fas

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 9 Jul 2024

Sarah Yasmine Label Ruhainies ‘Sang Nenek Delulu’?

Sang nenek delulu? Ni macam kisah Aliff Aziz ada share kan 😆

Featured Thu, 22 Dec 2022
Featured Tue, 14 Sep 2021
Featured Mon, 12 Sep 2022
Hiburan Mon, 4 Jun 2018

Lebih Tenang, Mungkin Tutup Selamanya

Saya tutup sebab tak minat nak ambil tahu dengan pandangan netizen mengenai diri saya…

Featured Tue, 11 Apr 2023