Wawa Zainal Dan Aeril Zafrel Sambut Cahaya Mata Ketiga!

Pelakon Wawa Zainal selamat melahirkan anak perempuan seberat 2.8 kilogram secara normal di sebuah hospital swasta di Seri Kembangan, kira-kira jam 5 petang tadi.

Anak ketiga pasangan selebriti Wawa dan Aeril Zafril itu diberi nama Ayya Soffya bersempena nama Masjid Biru di Istanbul.

“Alhamdulillah, segalanya dipermudahkan apatah lagi suami turut menemani sepanjang proses tadi.

“Bayi pun dalam keadaan sihat dan jika semuanya tiada masalah, saya dan anak dibenarkan keluar tidak lama lagi,” katanya.

Wawa turut mengambil keputusan untuk berpantang secara biasa dengan bantuan ibunya yang sanggup datang dari Sabah sejak minggu lalu.

Tahniah Wawa dan Aeril dari team Xtra dan selamat berpantang! 

Oleh: Guy Masaki

Kredit Foto: Instagram @aeril_zafrel & @w4w4_zainal

Del14