Categories: HiburanSelebriti

WEDDING DRESS YUNA?

Beberapa hari lepas penyanyi tinggi lampai yang selalu mencipta fenomena ini telah memuat naik status di twitter nya sebagai “baru sahaja membeli fabrik untuk baju perkahwinan saya.”

Walaupun tarikh sebenar perkahwinan Yuna dan Adam Sinclair masih belum diumumkan kepada pihak media. Namun, ramai yang beranggapan bahawa persiapan untuk majlis perkahwinan mereka sedang rancak dijalankan. Wow! Mesti ramai yang tak sabar menantikan hari bahagia penyanyi lagu crush ini kan?

Yuna bersama tunangnya, Adam Sinclair

Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Mat Zara’ai ini telahpun mengikat tali pertunangan dengan adik ipar kepada Bunga Citra Lestari iaitu Adam Sinclair pada 5 Ogos yang lalu.

Apa-apapun, kami doakan semoga urusan perkahwinan Yuna berjalan dengan lancar. Tahniah Yuna dan Adam!

 

Salma Syahbuddin