Categories: HiburanSelebriti

SEKARANG BARU HANDSOME KE? – SYAFIQ KYLE

Sejak beberapa hari yang lepas nama Syafiq Kyle semakin disebut-sebut oleh netizen. Kenapa eh? Bukankah Syafiq Kyle tu pelakon suam-suam kuku je?

Al-kisahnya, ini lah dia padah mewarnakan rambut dengan warna yang betul-betul sesuai dengan pelakon Mocha Kau Bahagia Itu. Selepas beberapa hari memuat naik gambar dengan rambut berwarna mocha itu di laman instagramnya, ramai netizen yang tidak henti-henti memberikan komen samada yang suka dengan penampilan barunya itu atau sebaliknya.

Salah satu gambar Syafiq Kyle yang dimuat naik di laman instagram

Walaubagaimana pun, Syafiq Kyle memberitahu bahawa dia mewarnakan rambutnya kerana dia ingin menjiwai watak sebagai seorang barista dalam drama terbitan TV3 itu.

Antara barisan pelakon yang membintangi drama Mocha Kau Bahagia

Drama Mocha Kau Bahagia yang turut dibintangi oleh Farah Nabilah, Issey Fazlisham, dan Syazwan Zulkifli ini akan menemui penonton setia TV3 pada setiap hari sabtu, jam 10.30 malam.

 

 

 

Salma Syahbuddin