Wohooo! Spice Girls Umum Konsert Jelajah Tahun Depan

Kumpulan pop popular Spice Girls bakal membuat kemunculan semula dengan konsert jelajah reunion bermula 1 Jun 2019. 

Biarpun bakal berempat tanpa ditemani oleh Victoria @ Posh Spice, empat anggota Spice Girls yang terdiri daripada Emma Bunton, Geri Halliwell, Melanie Chisholm dan Melanie Brown tetap bersemangat menghiburkan para peminat.

Kali terakhir mereka membuat kemunculan bersama adalah pada tahun 2012 di acara penutup sukan Olimpik di London.

Pada peringkat pertama ini Spice Girls akan mengadakan konsert di serata United Kingdom antaranya di Manchester Etihad Stadium dan London Wembley Stadium.

Tiket untuk konsert jelajah tersebut akan mula dijual bermula Sabtu ini jam 10.30 pagi di web Ticketmaster.

Spice Girls mencipta fenomena pada tahun 1996 apabila album Spice mencatat jualan tertinggi dalam sejarah bagi kumpulan wanita. Lagu-lagu mereka seperti Wannabe, Who Do You Think You Are, 2 Become 1, Stop dan banyak lagi kerap diputarkan di radio sehingga kini.

Kredit video: The Sun

 

SGMS Faida