Wow! Angkasawan Pertama Negara, Dr. Sheikh Muszaphar Kongsi Pernah Jadi ‘Delivery Boy’

Wow!

Siapa sangka angkasawan pertama tanah air ini pernah menjadi penghantar makanan suatu ketika dahulu!

Individu tersebut tidak lain tidak bukan Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor yang memuat naik foto di laman Instagram miliknya yang mengimbas kembali kenangan sewaktu bekerja di Restoran Rebung.

Foto yang menunjukkan beliau bersama sebuah motosikal memakai beg penghantar makanan sambil tersenyum itu ternyata membuatkan ramai netizen kagum dan terkejut.

Bangun Jam 4 Pagi Untuk Ke Pasar Borong

“Tidak ramai yang tahu bahawa saya memiliki Restoran Rebung bersama Chef Ismail sejak 2003 dan restoran itu juga semakin bekembang.

Saya masih teringat pergi ke Pasar Borong Selayang pada jam 4:00 pagi pada waktu itu untuk membeli makanan laut segar setiap hari selama enam bulan semasa kami memulakan perniagaan. Saya teringat kenangan waktu menghantar lemang, rendang dan dodol pada awal pagi raya selama dua tahun yang lalu,” tulisnya di Instagram.

Tambahnya, kini Restoran Rebung masih berdiri teguh selepas 17 tahun beroperasi dengan 80 kakitangan. Malah, mereka juga berjaya memperoleh banyak anugerah Makanan Melayu Terbaik selama lima tahun berturut-turut.

Dalam pada itu netizen membanjiri ruangan komen dengan ucapan tahniah selain berharap dapat bertemu idola mereka sewaktu menempah makanan menggunakan khidmat tersebut.

Syafiqa Irdina