Categories: FeaturedOh Lawa

Ini wajah cantik srikandi barisan hadapan seluruh dunia yang luka kesan pemakaian topeng muka

Penularan pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia kini mencatat jumlah jangkitan sebanyak 2,627,630 dengan angka kematian mencecah 183,336 kes.

Saat ini, petugas barisan hadapan seluruh dunia bertungkus-lumus memerah keringat bagi menangani penularan wabak berkenaan. Ternyata, keperitan yang dirasai pejuang barisan hadapan memang tiada tolok bandingnya.

Selain perlu menggadaikan masa bersama keluarga tercinta, memperoleh rehat yang tidak mencukupi dan keadaan yang tidak terurus dengan pemakaian peralatan pelindungan diri (PPE), wajah yang lebam serta luka akibat pemakaian topeng muka terlalu lama juga antara pengorbanan yang mereka terpaksa lalui.

Walau bagaimanapun, ia sedikit pun tidak melemahkan semangat petugas barisan hadapan untuk terus komited dalam menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan kepada mereka.

Jom kita lihat wajah-wajah cantik petugas barisan hadapan kesan pemakaian topeng muka dalam jangka masa yang terlalu lama sehingga menyebabkan kulit mereka berbekas, gatal dan luka.

Kredit gambar: MSN.com

Kredit gambar: Bored Panda

Ad Ops