Wow! Penampilan ‘Fresh’ Nurul Shuhada Curi Tumpuan, Netizen Komen: “Makin Cantik, You Go Girl”

Isteri kepada pelakon sensasi Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri sekali lagi menjadi perhatian warganet.

Terkini, Shuhada menerusi hantaran di Instagram (IG) memuat naik sebuah foto yang memaparkan dirinya sedang bergambar.

Dengan penampilan gaya yang kelihatan segar dan cantik, Shuhada ternyata menarik perhatian ramai dengan imej tersebut.

Melihat kepada foto tersebut, Shuhada tampil versatil mengenakan baju bercorak warna hijau dan dipadankan dengan seluar denim.

Ditambah pula dengan solekan yang cukup menaikkan seri sangat bersesuaian dengan gaya kasual Shuhada tersebut.

“Remember to smile,” tulis Shuhada ringkas di ruangan kapsyen.

Tidak terhenti di situ, ruangan komen perkongsian Shuhada tersebut turut dibanjiri dengan pelbagai reaksi daripada netizen mengenai penampilan Shuhada.

Antaranya, netizen memuji penampilan Shuhada itu dengan menyatakan ibu kepada dua cahaya mata itu kelihatan sangat langsing.

Malah, ada juga berpendapat penampilan gaya tersebut sangat bersesuaian dengan imej Shuhada.

Ketika artikel ini ditulis, perkongsian Shuhada tersebut telah meraih lebih 17,000 tanda suka dan lebih 300 komen.

Nurul Shuhada mula mendapat perhatian selepas kisah rumah tangganya bersama Hafidz kecoh gara-gara wujudnya orang ketiga.

Untuk rekod, Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata, Humairah, 6, dan Umar yang kini berusia dua tahun.

Khairil Khusyairi