“Ya Allah, Berikan Takdir Dan Nasib Terbaik Untuk Anak-Anakku” – Abby Abadi

Seakan sudah terbuka menerima kontroversi perkahwinan anaknya, pelakon Abby Abadi mencuri perhatian selepas berkongsi quotes berupa doa seorang ibu untuk anak-anaknya.

Menerusi perkongsian di Instagram Story miliknya, Abby berharap agar anak-anaknya diberikan takdir dan nasib terbaik dalam kehidupan.

Malah, didalam doa tersebut, dia juga mahu anak-anaknya berjaya baik di dunia mahupun di akhirat.

“Hanya satu doaku yang selalu aku panjatkan untuk anak-anakku.

“Ya Allah, berikanlah takdir dan nasib terbaik untuk anak-anakku.

“Mudahkanlah selalu hidupnya, suskseskan dunia dan akhiratnya. Jadikanlah dia anak yang beruntung sampai dewasa.

Sebelum ini, Abby kelihatan kecewa apabila bekas suaminya dilihat sengaja lepas tangan terhadap perkahwinan anak perempuan mereka, Marissa Dania Hakim.

Namun, tidak berdiam diri, Norman tampil memberi kenyataan dan memohon maaf terhadap tindakannya itu, sekaligus berjanji akan bertanggungjawab dalam menyelesaikan kes perkahwinan Marissa dan Aslam.

Artikel Berkaitan: “Lupa Bagitau, Saya Dah Pindah Mongolia Semalam” – Abby Abadi Selar Bekas Suami, Sifatkan ‘Statement’ Norman Kelakar

Artikel Berkaitan: “Maaf Andai Semua Ini Khilaf Saya” – Norman Hakim

Artikel Berkaitan: Norman Minta Bertenang Isu Marissa, Abby Abadi Bidas Bekas Suami – “Isu Ni Besar, Awak Sangat Mengecewakan!”

Artikel Berkaitan: “Tak Pernah Sesaat Saya Lepas Tangan”- Norman Hakim Akhirnya Buka Mulut, Minta Abby Bertenang Isu Anak

Artikel Berkaitan: Tampil Mohon Maaf, Norman Hakim Bakal Selesaikan Isu Anak Didakwa Penyondol Secara Tertutup – “Salah Tetap Salah, Pintu Taubat Sentiasa Terbuka”

Salma Syahbuddin