Kongsi Cerita Ikan & Rezeki, Alif Satar Bikin Ramai Insaf – “Tak Boleh Takbur! Kena Sentiasa Bersyukur Dengan Pemberian Allah”

Pelakon, penyanyi dan pengacara berbakat, Alif Satar mencuri perhatian selepas berkongsi kisah mengenai ikan dan rezeki menerusi hantaran di Instagram miliknya.

Walupun nampak mudah, Alif berkata, setiap kali dia menggoreng atau makan ikan, dia akan teringat seorang individu yang pernah datang kepadanya ketika sama-sama terlibat dalam penggambaran sebuah drama.

Katanya, individu berkenaan telah menegurnya kerana makan berlaukkan ikan keli sehingga licin sampaikan individu tersebut menegurnya seolah-olah mencela rezeki yang diberikan Tuhan.

“Masa aku shooting beberapa tahun lepas, waktu sebelum saya berkahwin, lama. Ada seorang hamba Allah ni dia krew lah dalam team drama. So, masa lepas break tengah makan lunch, dia tengah duduk depan aku sambil tengok aku makan…Masa tu aku tengah makan ikan, makan sampai licin, bagi puas. Lepastu hamba Allah ni cakap, ‘kenapa makan ikan macam tu? Kita dengan mak kita, makan ikan cubit satu terbalikkan ikan, cubit satu lepastu buang’. Saya tanya kenapa buat macam tu sebab isi ikan banyak lagi kan.. And, yang paling saya tak boleh lupa bila dia kata ‘Tak apalah, ikan kan murah…makan sikit lepastu buanglah. Lepastu beli lah yang lain’.

“Nak dijadikan cerita, habis je shooting drama tu, aku dapat satu mesej, hamba Allah ni kata ‘Alif, minta tolong boleh tak? Mak kita sakit, tak ada duit nak beli makanan’. MasyaAllah, bila aku baca mesej tu, aku throwback saat dia cakap ‘Tak apalah, ikan kan murah…makan sikit lepastu buanglah. Lepastu beli lah yang lain’. Allahuakbar!

“S0, pengajaran dia adalah nombor satu, kita tak tahu tau…rezeki kita. Mungkin harini kita makan steak, nasi arab dan sebagainya…kita kena sentiasa bersyukur, Alhamdulillah Tuhan masih bagi kita rezeki.

“Dan nak mencela tu aku rasa berat sangat. Jadi bulan Ramadan ni, ramai yang makan bufet, jadi jangan membazir, sentiasa beringat. Jadi itulah, kisah ikan dan rezeki. Semoga dijadikan pengajaran. Inshaa-Allah,” kongsinya.

 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meninggalkan pelbagai respons terhadap hantaran berkenaan.

Bahkan, ada yang insaf dan mengambil pengajaran terhadap apa yang dikongsikan.

“Allahuakbar cerita yang menginsafkan. Semoga kita semua bersyukur dengan rezeki diberikan. Aamiin. Thank you for sharing brother.

“Barang siapa yang bersyukur dengan nikmat Aku, nescaya aku akan tambah. Dan barangsiapa yang kufur dengan nikmat Aku, ingatlah azab Allah sangat pedih!.

“Tak Boleh Takbur! Kena Sentiasa Bersyukur Dengan Pemberian Allah.

“Jazakallah atas perkongsian. Doa yang sama buat Alif sekeluarga. Aamiin,” komen netizen.

Sebelum ini, Alif menerusi hantaran yang berlainan pernah memuat naik foto berupa ikan goreng bawang yang juga merupakan lauk berbuka puasanya.

“Kau orang nak tau tak, sambil goreng ikan tadi aku teringat satu cerita.. actually, almost EVERYTIME aku makan ikan, aku akan ter-throwback kisah atau pengajaran pasal IKAN. Simple je cerita dia.. tapi deep. Ikan dan rezeki. Ada masa nanti, aku buat video dan story kat kau orang insya-Allah..,” tulisnya.

 

Salma Syahbuddin