‘Yang Kaya Itu Tak Semestinya Buat Kau Bahagia’- Perkongsian Shakila Khoriri Curi Perhatian Netizen

Aktres Shakila Khoriri berkongsi kisah di mana dia pernah terfikir mencari lelaki kaya untuk dijadikan pasangan hidup namun niat itu dilupakan selepas bertemu dengan suaminya, Fizi Ali.

Menerusi laman Instagram, bakal ibu ini juga menyifatkan dirinya tidak pernah terfikir mendirikan rumah tangga selepas mengalami episod putus cinta sebelum ini.

“ Aku rasa mungkin aku tak dijodohkan dengan mana-mana lelaki since aku pernah frust menongeng tertonggeng dulu. Apatah lagi mimpi nak ada anak.

“ Tapi aku ada perancang yang gagal. Malu aku pada Tuhan sebab aku terlalu fikir yang kebaikan tak akan datang pada aku. Dalam aku dok mencari, dalam aku dok tengelam timbul dalam dunia aku, aku tak sedar Allah dah aturkan sebaik-baiknya perjalanan hidup buat aku,” luahnya.

Shakila yang memuat naik sebuah video memaparkan dirinya bersama Fizi turut meluahkan rasa syukur apabila dipertemukan dengan jejaka biasa tetapi mampu membahagiakan dirinya.

“ Aku tak berkawin dengan lelaki yang kaya raya. Dulu masa muda ada lah cita- cita macam tu. Mungkin niat aku nak hidup senang atau nak bermegah dengan kemewahan. Awal- awal lagi Allah tegur aku dengan hapuskan lelaki- lelaki  yang kaya raya itu. Aku pelik. Why.

“ Lama2 aku faham, yang kaya itu tak semestinya akan buat kau bahagia. Sungguh. Yang kaya itu tak semestinya akan jujur dan sanggup susah payah dengan kau,” katanya.

Tambah pelakon drama Alif Imani ini juga berharap ikatan perkahwinan mereka ini sentiasa dipelihara oleh Allah SWT dan dia juga redha dengan sebarang ujian pada masa akan datang.

“ Tapi kalau lah Allah nak duga, akan datang dugaan tu. Aku tak kata Fizi tu sebaik manusia. Ada juga nakal dia, aku tahu. Sebab dia LELAKI,” tulisnya.

Pasangan selebriti ini bernikah pada 18 Februari 2018 selepas empat tahun bercinta.

SGMS Faida