“Yang Salah Bubuh Dalam Lokap, Yang Betul Teruskan Perjuangan”- Respons Sharnaaz Ahmad Isu Ebit Lew & Caprice

Nampaknya isu antara pendakwah terkenal Ebit Lew dan penyanyi rap Caprice masih belum surut walaupun setelah laporan polis dilakukan semalam.

Terbaru, pelakon Sharnaaz Ahmad yang terkenal dengan kelantangannya bersuara menasihati agar kedua-dua pihak dapat berdamai secara baik.

“Apa pun, bincang elok-elok. Tak payah buat pendedahan dalam media sosial begini. Yang buruk orang kita juga. Malulah nama Malaysia. Siapa salah, siapa betul tak payah jadi tontonan sekalian alam.

“Yang salah bubuh dalam lokap, yang betul teruskan perjuangan. Selesai,” katanya.

Menurut Sharnaaz lagi dia sendiri pernah mengalami pengalaman seperti itu sewaktu muda .

Dalam pada itu, Sharnaaz berkata dia bercakap berdasarkan daripada pengalaman dimana dia mengakui pernah bertindak melulu seperti Caprice ketika muda.

“Saya bercakap melalui pengalaman. Masa muda, selalu buat macam Caprice buat tapi saya ‘level’ peringkat negeri sahaja, dia (Caprice) peringkat dunia.

“Kepada Nadir, Ebit Lew dan Caprice, duduk berbincang. Berkomunikasi, memaafkan dan bersatu. Tolong Islam, bukan merosakkannya. Sebab kalian semualah Islam disayangi, jangan sebab kalian juga, Islam dibenci mata luar,” katanya.

Terdahulu, Sharnaaz dan Caprice pernah mengadakan Instagram LIVE bersama bagi membincangkan isu tersebut yang menimbulkan pelbagai reaksi daripada orang ramai.

Attiqah Mohd

""Above all, she is the girl who 'feels' things, who has hung on to the freshness and pain of adolescence, the girl ever wounded, ever young.”