“You All Takkan Percaya What Happened’- Aishah Kongsi Cerita Belakang Pentas ABPBH32

Di sebalik persembahan penyanyi Aishah di ABPBH 32 malam tadi, rupanya tersimpan sebuah cerita yang boleh dijadikan kenangan istimewa.

Menurut Aishah, dia bergegas ke Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selepas selesai membuat persembahan di Singapura, pagi semalam. 

“Flight sampai ke KL dalam jam 11.30 pagi dan jadual penuh dgn soundcheck dan dry run program,selepas tu bergegas balik ke hotel, sekerat jalan baru perasan handphone I tertinggal, lintang pukang pusing balik cari phone, nasib baiklah jumpa.

“Kemudian terus balik ke hotel, mandi solat dan mula make up and bersiap utk red carpet.Bila kami dpt duduk di belakang stage, tunggu punya tunggu you all takkan percaya what happened,” ceritanya di Instagram. 

Akui Aishah, disebabkan terlalu penat menghadiri raptai seharian suntuk, dia terlelap di belakang pentas. 

“Kami berdua terlelap. Itu dia, artiste vintage nak join event orang muda,boleh terlelap menunggu turn. Bila dah dekat nak turn perform, I bangun rasa mcm nak pitam kerana terlalu penat.

“Cabaran betul masa tu…then just seminit sebelum nak naik, abang maybe tengok I lain mcm je, bisik kat I ‘ Sayang boh habis-habisan nyanyi…macam satu suntikan semangat…yes, dlm.kepala masa tu berkata…jom kita gegarkan tempat ini,to give the best performance I can,” ujarnya. 

Rata-rata peminat Aishah memuji kemerduan suara penyanyi lagenda ini. Masih mantap beb! 

ABPBH 32 menyaksikan pelakon dan pengacara Mira Filzah meraih gelaran Bintang Paling Popular dengan 6,320,463 undian sekaligus menewaskan pencabar terdekatnya, Khai Bahar yang dilihat berpotensi besar mengungguli trofi tu.

Kemenangan itu melayakkan Mira membawa pulang hadiah utama, kereta Nissan X-Trail 2.0L Hybrid bernilai RM160,000, sumbangan Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) berserta trofi.

SGMS Faida