“Harga Boleh Dirunding…” – Janna Nick

Tahniah kami ucapkan kepada pelakon, Janna Nick atau nama penuhnya Nurul Jannah Binti Muner yang memenangi kategori Artis Versatil Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian yang ke-32 di PICC (Putrajaya International Convention Centre) malam semalam. 

Janna yang ditemui sejurus selepas kemenangannya malam semalam mengucapkan terima kasih kepada semua peminat yang mengundinya di Malaysia mahupun Singapura dan menyifatkan kemenangan ini sebagai tidak dijangka kerana kategori-kategori yang dicalonkan dan saingannya semua hebat-hebat belaka.

“Cabaran yang besar jugak bila dah dinobatkan sebagai artis versatil ni sebab saya kena pilih betul-betul projek yang akan saya buat dan berusaha dengan lebih gigih lagi. 

“Setiap kali menang anugerah, kita tak boleh letak diri dalam zon selesa, kerana ia bermakna usaha kita juga seharusnya lebih tinggi dan seiring dengan anugerah yang dimenangi dan ia sebenarnya adalah cabaran untuk saya tunjukkan yang saya betul-betul versatil,” kata pelakon My Coffee Prince ini. 

Apabila ditanya sama ada Janna akan mula naikkan harga sejajar dengan kemenangannya, “Harga sama, boleh runding, tapi kalau kat Singapura jadi mahal sebab bayaran dalam dolar singapura,” jawab Janna secara berseloroh. 

 

Del14